KEPANTASANKU =)

Sokong SOFAZ[R] forever
wut eva happen...
my heart elweyz with them
=)
<br>
<Br>
Kepantasanku ada perbezaan
Oleh Suzan Ahmad

ARTIS: Sofaz
JUDUL: Kepantasanku
GENRE: Free Pop

DIANUGERAHKAN suara baik sememangnya satu keistimewaan, namun hakikatnya individu yang akan menerima apresiasi dan penghormatan sebenar dalam industri muzik adalah komposer atau pencipta lagu. Bukan penyanyinya yang hanya berbekal suara sedap dan fizikal komersial.

Moral cerita di sini, kalau hendak lama dalam industri muzik tidak kiralah tempatan mahupun luar negara, adalah lebih afdal jika penyanyi solo mahupun berkumpulan tahu dan mampu mencipta lagu sendiri.

Sofaz membesar dengan segala macam erti susah senang serta putar belit dunia muzik. Semata-mata untuk memperjuangkan bakat yang ada. Mengikuti perkembangan kumpulan muzik berbakat ini sejak album pertama lagi buat saya senyum sendiri. Sudah sampai peringkat ini Sofaz teroka, pastinya muzik mereka menerusi album Janjiku sudah bergema di tanah Indonesia dan hampir disangka artis kelahiran tanah seberang. Itu sudah cukup bagus. Mereka memang mahu jadi artis dan pemuzik sejati. Jadi, apa ditawarkan dalam Kepantasanku yang lahir hasil ciptaan semua anggota Sofaz.

Saya suka dengan kesetiaan mereka mengekalkan karakter muzik seperti yang ditonjolkan dalam trek1 berjudul Kepantasanku dan Hilang di trek12. Pop yang agak up-beat begini adalah gaya yang dipegang Sofaz sejak album pertama lagi. Dendam Kita pula sesuatu yang berbeza untuk pendengar dengan pengaruh rap rock ala Linkin Park yang menampilkan rangkap rap yang menonjol.

Antara koleksi pop sederhana perlahan yang baik boleh anda nikmati menerusi Mungkin di trek11 terutama pada permainan keyborad yang baik oleh Rodie.

Apa Yang Tak Bisa ciptaan sepenuhnya Aiman ada elemen mengalun berhantu dan potensi untuk turut diminati macam trek4, Bukan Di Sini yang semakin mendaki carta radio swasta tanah air saban minggu. Kalau anda biasa dengan sentuhan Aiman, lagu perlahan begini memang lagu cari makan.

Tapi sebenarnya kali pertama mendengarkan Bukan Di Sini, saya sangka ia lagu nyanyian kumpulan Gigi dari seberang. Sofaz rupanya.

Begitu juga Lebih Baik Begini di trek 3, lagu bernada kecewa yang menggambarkan perasaan seorang lelaki yang memiliki hati wanita penuh kepura-puraan juga menarik jika dihayati bait liriknya. Bagi saya, vokal Are-Meer benar bertambah matang, namun tone kedengaran semakin besar, tebal dan kurang dinamik. Lontaran suara Are-Meer juga kurang volume macam tidak bertenaga, malah dalam ketika tertentu dia kedengaran agak ?seksa? untuk mencapai laras nada tertentu.

Kesimpulannya, kalau anda minat dengan pop jenis sederhana perlahan yang berbeza, mengumpan dan romantis, Kepantasanku memang sarat dengannya.

Komen

Masukkan Komen

Anda dikehendaki login untuk memberi komen. Login Epass sekarang! Tiada Blog lagi? Daftarlah untuk kewujudan dalam talian yang lebih baik sekarang! Ia adalah PERCUMA!